comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Filem Abang Adik pecah panggung di Taiwan

(Dari kiri) Pengarah, Jing Ong, Penerbit, Sinje Lee, Pelakon, Wu Kang Ren, Jack Tan, Tan Kim Wang dan Ryota Katayama pada pratonton dan sidang media filem Abang Adik hari ini.

PETALING JAYA: Filem Abang Adik arahan anak tempatan kelahiran Taiping, Perak, Jin Ong melakar kejayaan di luar negara apabila mencipta rekod  pecah panggung di Taiwan dengan kutipan sebanyak RM6.5 juta (NT$40mil).

Menurut Ong, dia dimaklumkan mengenai berita gembira berkenaan menerusi mesej yang dihantar daripada pihak tayangan filem terbabit di Taiwan.

“Saya menangis kegembiraan kerana tiga hari pertama tayangan filem ini pun kami sudah berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.2 juta.

“Saya difahamkan, semua filem dari Malaysia yang pernah ditayangkan di Taiwan juga tidak dapat mengatasi rekod berkenaan,” katanya pada sidang media dan tayangan filem Abang Adik di sini, hari ini.

Flem Abang Adik mula ditayangkan di Taiwan pada  1 Disember lalu mendominasi carta pecah panggung negara itu pada minggu pertama sekaligus dianggap kutipan tertinggi untuk filem Malaysia dan bakal ditayangkan di 82 pawagam tanah air bermula 14 Disember ini.

Ditanya harapannya menjelang tayangan filem itu di pawagam tanah air, Ong berkata, dia yakin filem Abang Adik akan mendapat tempat di hati penonton tempatan.

“Pihak kami yakin untuk menayangkan filem ini di Malaysia dan percaya akan mendapat maklum balas yang baik terutama membabitkan penonton berbangsa Cina.

“Saya juga mendapat maklum balas yang positif daripada kenalan ketika berada di Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum ini.

“Justeru, ia membuatkan saya teruja dan sudah pasti saya berharap pasaran filem di Malaysia akan memberi impak positif kepada filem Abang Adik,” katanya.

Filem Abang Adik menceritakan kehidupan dua anak yatim piatu lakonan Jack Tan dan pelakon dari Taiwan, Wu Kang Ren. Mereka hidup tanpa dokumen dan tinggal di Pudu, Kuala Lumpur iaitu kawasan yang terkenal dengan pasar basah.

Filem Abang Adik juga mencipta sejarah sebagai filem Asia Tenggara pertama yang menyapu bersih tiga hadiah utama di Far East Film Festival Ke-25 di Udine, Itali pada April lalu.

Loading...
Terkini