comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Fisol Ketua Polis Kedah baharu 

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Bekas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh dilantik Ketua Polis Kedah yang baharu, menggantikan Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkuat kuasa hari ini.

Wan Hassan pula dilantik sebagai Komisioner Polis Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Majlis  berlangsung di hadapan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Seri Azri Ahmad  di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini.

Azri dalam ucapannya berharap Fisol yang mempunyai pengalaman berkhidmat selama 37 tahun dalam pasukan itu dapat menerajui Kontinjen Kedah dengan cemerlang.

“Fisol merupakan anak jati Kedah, jadi dia pulang untuk menabur bakti dan dengan pengalaman luasnya, saya yakin dia mampu memastikan keselamatan dan keamanan Kedah lebih terjamin. Saya berharap semua warga Kontinjen Kedah dapat memberi sokongan padu kepada ketua polis yang baharu,” katanya.

Loading...
Terkini