comscore
Tumpuan :
Nasional

Ford Mustang bernombor plat palsu disita JPJ

JPJ menyita sebuah kereta Ford Mustang di Jalan Kapar kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu. FOTO Ihsan JPJ

Klang: Tindakan seorang lelaki memandu kereta Ford Mustang yang mempamerkan nombor pendaftaran palsu mengundang padah apabila ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor semalam.

JPJ Selangor menerusi laman Facebooknya berkata, pasukan operasi JPJ Negeri Selangor mengesan sebuah kenderaan yang mencurigakan sewaktu melakukan rondaan di sekitar Jalan Kapar.

Hasil semakan mendapati, kenderaan jenis Ford Mustang dikesan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain.

“Kenderaan terbabit didapati belum berdaftar dan tiada rekod di dalam sistem JPJ.

“Notis dikeluarkan atas kesalahan pemalsuan dokumen dan kenderaan disita mengikut Seksyen 64(1) Akta JPJ 1987 dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa JPJ Selangor bagi siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

“Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau melalui platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” katanya.

Loading...
Terkini