comscore
Tumpuan :
Nasional

JPJ, MPB jalin kerjasama strategik dalam agenda keselamatan jalan raya

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhasrat menjadikan Media Prima Bhd (Media Prima) sebagai rakan strategik dalam memastikan agenda keselamatan dan advokasi jalan raya lebih dekat kepada masyarakat.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk melihat ruang yang ada khususnya dalam menyelesaikan isu keselamatan jalan raya termasuk memperkenalkan inisiatif-inisiatif baharu.

“Antaranya adalah penyertaan JPJ dalam program Jom Heboh yang akan diadakan nanti di mana Media Prima akan menyediakan ruang-ruang untuk dimanfaatkan oleh kami untuk dimanfaatkan oleh orang ramai.

“Kita boleh mengadakan ‘booth’ untuk memperbaharui lesen dan membayar saman sekali gus ia akan mengurangkan kesesakan di kaunter-kaunter pejabat JPJ,” katanya ketika ditemui media dalam program Lawatan Korporat di Sri Pentas, di sini hari ini.

Ia turut disertai oleh Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Syed Hussian Aljunid, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Audio, Aaron Pinto, Timbalan Editor Kumpulan,  Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima, Azhari Muhidin dan Editor Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit.

Delegasi JPJ turut disertai Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa, Datuk Lokman Jamaan, Pengarah Bahagian Keselamatan Jalan Raya, Dr Wong Yau Duenn dan Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik, Mohammad Zakhir Yusof.

Mengulas lanjut, Rospiagos berkata, kerjasama antara Media Prima juga penting dalam kempen advokasi JPJ menerusi teknologi baharu.

Loading...
Terkini