comscore
Tumpuan :
Nasional

Gambar terakhir sebelum nahas tular 

KUALA LUMPUR: Kru dan penumpang Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Shah Alam, petang tadi dikatakan sempat bergambar bersama sebelum jet terbabit berlepas.

Gambar yang tular di media sosial itu mempamerkan lima penumpang, termasuk EXCO Pahang dengan portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun dalam keadaan gembira.

Artikel berkaitan: MOT sahkan identiti lapan individu dalam pesawat terhempas

Pesawat dinaiki Johari yang juga ADUN Pelangai itu terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam Selangor, kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Ketika kejadian, pesawat dengan nombor pendaftaran N28JV itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Pesawat itu dikesan melencong ke kanan dari laluan penerbangan dengan siasatan awal mendapati pesawat berkenaan sudah mendapat kebenaran untuk mendarat oleh menara kawalan Lapangan Terbang Subang.

Artikel berkaitan: Kronologi pesawat terhempas di Elmina

Johari yang kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU15 adalah antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas terbabit.

Pada PRU15, Johari menang kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri dari Pakatan Harapan (2,031 undi) dan Isa Ahmad dari PEJUANG (65 undi).

Artikel berkaitan:  EXCO Pahang, Johari Harun, antara 10 terbunuh dalam nahas pesawat di Elmina

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dilapor mengesahkan kematian Johari akibat nahas berkenaan.

Loading...
Terkini