comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Gangguan bekalan air selesai jika PH-BN menang PRN Kedah – Ahmad Zahid

 

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan Putrajaya akan menyelesaikan masalah air di Kedah sekiranya negeri itu ditadbir kerajaan perpaduan dalam pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Zahid yang juga presiden UMNO berkata, kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) gagal dalam menyediakan pelan kontigensi gangguan bekalan air terutama ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini yang menyaksikan ramai penduduk di negeri itu terjejas.

Katanya, beliau tidak mahu masalah air di Kedah yang diterajui PAS menjadi semakin buruk seperti mana yang berlaku di Kelantan.

“InsyaAllah, kalau kerajaan Kedah di bawah kerajaan perpaduan masalah air akan diselesaikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Sebab perdana menteri adalah menteri kewangan. Kalau beliau lupa saya akan ingatkan tolong rakyat kedah,” katanya berucap di Himpunan Madani Kedah 2023 di Alor Setar.

Tambah beliau, masalah lain yang turut diberi tumpuan adalah perumahan rakyat.

“Kita akan bantu majukan Kedah. Saya sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan memastikan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diberi perhatian bagi menjayakan hasrat ini,’ katanya.

Isnin lalu, Ketua UMNO Kuala Kedah Abdul Muthalib menggesa kerajaan negeri menyelesaikan masalah bekalan air yang menjejaskan lebih 35,000  rumah di kawasan itu ketika musim perayaan.

Katanya, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Sanusi Nor tidak seharusnya menyalahkan pentadbiran terdahulu atas masalah itu.

Loading...
Terkini