comscore
Tumpuan :
Nasional

Giliran tunai haji jangkau 148 tahun

Oleh: Azri Mukhlas

MAKKAH:  `Mati dua kali dan hidup balik’, itulah perumpamaan yang diberikan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengenai tempoh menunggu giliran menunaikan rukun Islam kelima itu di Malaysia.

Beliau berkata bagi rakyat Malaysia yang baru mendaftar haji tahun ini, perlu menunggu sehingga 148 tahun sebelum tiba giliran untuk mengerjakan haji.

Justeru  jemaah yang telah mendapat giliran perlu bersyukur kerana dipilih mengerjakan haji, kerana ia adalah nikmat Allah yang amat bernilai.

“Masih ramai yang menunggu untuk menunaikan haji dan kita di sini yang dipilih. Tanda orang bersyukur ialah memperbanyakkan ibadat dan membantu sesama jemaah,” katanya pada Majlis Ramah Mesra dan Pelantikan Sahabat Maktab 79 dan 80 di sini.

Katanya, apabila berada di Tanah Suci, jemaah haji perlu meningkatkan kesabaran kerana banyak cabaran menanti.

“Suhu di Malaysia 30 darjah Celsius apabila sampai sini cecah 40 darjah Celsius. Nak pergi Masjidil Haram perlu hadap cuaca panas,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata ketika ini terdapat 3.8 juta bakal jemaah di Malaysia sedang menunggu tawaran untuk mengerjakan haji.

Loading...
Terkini