comscore
Tumpuan :
Nasional

Hajiji bentang Pindaan Perlembagaan Sabah berkaitan Anti Lompat Parti

Datuk Seri Hajiji ketika membentangkan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah bagi melarang ADUN Sabah melompat parti. Foto – JKM Sabah

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah komited dalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan Sabah bagi melarang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pembentangan RUU itu untuk memastikan kestabilan politik dan mengelakkan negeri terus berdepan dengan krisis politik yang tidak berkesudahan.

“Pindaan undang-undang ini juga akan memberikan mesej jelas kepada setiap ADUN supaya berpegang teguh kepada prinsip parti yang diwakili untuk melindungi mandat rakyat yang memberi undi serta kepercayaan ketika pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RUU pindaan Perlembagaan Sabah bagi melarang Ahli ADUN bertukar parti pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Datuk Seri Hajiji berkata, RUU itu antara lain menyebut ADUN yang keluar parti dalam satu parti gabungan dan menyertai parti politik yang lain dalam gabungan yang sama atau berbeza akan terhenti menjadi ADUN.

Ini termasuk bagi ADUN yang bertukar parti politik atau menjadi ADUN bebas.

Dalam kedua-dua kes, tugas mereka sebagai ADUN akan terhenti dan mereka perlu mengosongkan kerusi mereka.

Pengecualian hanya diberikan jika parti politik yang diwakilinya terbubar atau dibatalkan penyertaan.

Datuk Seri Hajiji berkata RUU berkenaan mengandungi lima perkara dasar.

Loading...
Terkini