comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis diperingkat akhir lengkapkan siasatan rempuhan di Litar Datuk Sagor

Sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, IPK Perak, di Ipoh.

IPOH: Polis kini di peringkat akhir bagi melengkapkan siasatan kejadian rempuhan kereta lumba di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah yang mengakibatkan seorang lelaki maut, pada 31 Disember lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini, pihaknya telah memanggil 9 saksi bagi membantu siasatan, antara lain membabitkan penganjur, rakan mangsa serta pegawai terlibat.

“Kita telah menyiasat perkara ini dengan terperinci saya telah memanggil pegawai penyiasat bagi memberikan taklimat perkembangan kes yg disiasat” katanya.

Beliau ditanya pemberita mengenai perkembangan siasatan kejadian berkenaan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, IPK Perak, di Ipoh.

Tambahnya lagi, beberapa lagi saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.

“Kita masih dalam siasatan untuk melengkapkan kertas siasatan dan kita akan panggil saksi-saksi bebas yang berada semasa kejadian untuk lengkapkan siasatan. Kita hendak pastikan perkara ini tidak berulang lagi,” katanya.

Dalam kejadian 31 Disember lalu, seorang pengusaha bengkel kenderaan maut selepas dirempuh sebuah kereta lumba yang terbabas ketika menghampiri garisan penamat di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah.

Allahyarham Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, disahkan maut ketika mendapat rawatan di Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan, akibat kecederaan parah di kepala dan pendarahan paru-paru.

Rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Loading...
Terkini