comscore
Tumpuan :
Nasional

Hanya 386 daripada 1,505 sekolah daif dinaik taraf – LKAN 2022

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Prestasi projek menaiktaraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah adalah rendah kerana membabitkan hanya 386 sekolah atau mewakili 25.6 peratus daripada lebih 1000 sekolah daif.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 yang dikeluarkan hari ini, secara keseluruhan terdapat 1,505 sekolah  dikenal pasti mempunyai bangunan daif di seluruh negara.

“Prestasi projek adalah rendah kerana hanya 386 (25.6 peratus) sekolah dilaksanakan projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daripada 1,505 sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif.

“Daripada 386 sekolah itu, hanya 123 (31.9 peratus sudah siap bagi tempoh tahun 2019 hingga 2022,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini