comscore
Tumpuan :
Nasional

Hari Kebangsaan 2023:  Demonstrasi Tempur Tanpa Senjata beri kelainan sambutan di Pulau Pinang

Oleh: Selwam Arjunan

BATU KAWAN: Sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat Pulau Pinang di perkarangan Stadium Negeri Batu Kawan hari ini menyaksikan kelainan dengan persembahan khas demonstrasi Tempur Tanpa Senjata (TTS) yang turut mengagumkan lebih 20,000 pengunjung yang hadir.

Sambutan tahun ini turut dihadiri Yang Di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, EXCO negeri serta kenamaan lain.

Artikel berkaitan: Hari Kebangsaan 2023: ‘Janganlah kita leka dan terus “bercakaran” sesama sendiri..’ – Abang Johari

Sambutan yang bermula pada jam 7.45 pagi disertai 92 kontinjen kawad kaki membabitkan penyertaan pelbagai jabatan, agensi negeri dan persekutuan, badan berkanun, anak syarikat kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).

Manakala, bagi kontinjen kenderaan, 948 orang terlibat melibatkan 720 kenderaan.

Acara perbarisan dan perarakan diserikan  dengan persembahan koir lagu patriotik oleh Kumpulan Seni Persembahan Santun Semilang dari SMK Seberang Jaya dengan gabungan elemen muzik tradisional 3 kaum majoriti di Malaysia dan Boria Jalur Gemilang.

Selain itu, Pasukan Kawalan Kehormatan dari Rejimen Ketiga Kor Armor Di Raja serta aset kenderaan iaitu Perisai GEMPITA 8×8 turut membuatkan pengunjung teruja.

Persembahan oleh 116 anggota Anggota Divisyen Ke-2 Infantri Malaysia ini menggabungkan elemen Tae- Kwan-Do dan Gempur Wira.

Loading...
Terkini