comscore
Tumpuan :
Nasional

Harimau sama baham dua lelaki di Gua Musang?

KOTA BHARU: Hutan semakin mengecil antara punca ‘Pak Belang’ mengganas sehingga menyerang manusia, menyebabkan empat orang maut di Gua Musang, sepanjang tahun ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Mohamad Hafid Rohani tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa warga Indonesia dan Myanmar dalam kejadian pagi kelmarin dan tengah hari semalam diserang harimau yang sama.

“Semua orang tahu punca yang menyebabkan harimau mengganas adalah disebabkan habitat yang semakin mengecil.

“Harimau di dalam hutan ada banyak namun kemungkinan harimau sama yang menyerang lelaki Indonesia dan Myanmar kerana lokasi kedua-dua mangsa adalah berdekatan, iaitu kira-kira 10 kilometer (km).

“Susulan kejadian yang berlaku, PERHILITAN sudah memasang kamera dan perangkap untuk mengesan haiwan berkenaan di ladang terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menasihatkan pekerja ladang dan persendirian supaya bekerja secara berkumpulan selain tidak membuat sebarang provokasi kepada hidupan liar.

Terdahulu, mayat lelaki warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemukan jam 10 pagi kelmarin di Kampung Meranto.

Manakala jam 1.30 tengah hari semalam, lelaki warga Myanmar, Ahka Soe Ya, 22, maut diserang harimau ketika menoreh getah di kampung sama.

Pada Mei dan Oktober lalu, kematian dua penduduk Orang Asli iaitu Halim Asin, 27, dan Pisie Amud, 25, dari Pos Pasik turut dikaitkan dengan serangan harimau.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini