comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter Terhempas: Baju raya terakhir ibu, jadi kenangan anak kembar

IPOH: Kehilangan ibu tercinta tatkala usia belum menginjak dewasa pastinya cukup sukar diterima.

Itu takdir buat pasangan kembar, Nur Qistina Awliyah dan Nur Qistina Auni Mohd Azinor yang tidak menyangka akan kehilangan ibu, Bintara Muda TNL, Nor Rahiza Anuar seawal usia 16 tahun.

Reda dengan pemergian mendadak itu, pasangan kembar ini pastinya tidak akan melupakan kenangan indah bersama ibu tercinta.

Lebih meruntun hati, arwah Nor Rahiza dikatakan cukup teruja menyambut Aidilfitri kali ini.

“Mama sekarang Navy Day, sibuk. Kadang-kadang pergi pagi, balik malam. Malam pun bila kami pergi tuisyen, balik mama dah tidur.Jadi tiada masa sangat dengan mama. Masa hari raya, dia lah yang paling seronok, tangkap gambar semua.Papa cakap tengok mama tu, seronok sangat. Mama kata takpelah, mana tahu ini raya terakhir, bolehlah jadikan kenangan,”  kata  Nur Qistina Awliyah.

Mengimbau memori bersama ibunya, Nur Qistina Awliyah menceritakan bahawa ibunya gemar membelikan pakaian serta barangan cantik buat anak-anaknya.

Nyata paling istimewa, baju raya terakhir yang dibeli arwah.

Noor Rahiza, 39 tahun adalah seorang antara tujuh kru yang berada di dalam pesawat HOM yang terhempas semalam.

Allahyarham meninggalkan suami dan empat cahaya mata berusia antara enam hingga 16 tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini