comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter terhempas: Van jenazah mula bergerak ke HRPB 

Oleh: Hilmi Abdul Malik 

IPOH: 10 van jenazah dilihat mula bergerak keluar dari pintu utama 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini, sebentar tadi.

Pergerakan semua kenderaan berkenaan dipercayai menuju ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebagai persediaan membawa keluar jenazah.

Ketika ini, media difahamkan, proses bedah siasat hampir selesai dan sedang melalui beberapa proses dokumentasi untuk dituntut pihak waris.

Tumpuan seterusnya akan kembali terarah di 23 RAMD bagi istiadat rasmi dan penghormatan terakhir buat semua mangsa yang terkorban.

Semua jenazah dan jasad wira tanah air ini seterusnya akan dibawa pulang ke pangkuan keluarga masing-masing bagi pengebumian.

Pergerakan yang akan membawa semua jenazah turut diiringi melalui konvoi khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Polis Dirajaya Malaysia (PDRM).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini