comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan berterusan diramal di Kelantan, Terengganu mulai Jumaat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu yang dijangka bermula Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran yang berkuat kuasa hingga Sabtu itu membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.

Di Terengganu pula, kawasan yang terbabit ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut memaklumkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan sebelum ini bagi beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak, kini ditamatkan.

Di Sarawak, amaran ditamatkan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah termasuk kawasan Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat.

Di Sabah pula membabitkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat. – BERNAMA

Loading...
Terkini