comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat lebih 3 jam, satu PPS dibuka di Kubang Pasu 

FOTO: Ihsan APM

JITRA: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sini malam tadi ekoran banjir kilat yang melanda.

PPS terbabit dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau yang menempatkan seramai 43 mangsa daripada 11 keluarga.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi, ke semua mangsa adalah dari Kampung Paya Tok Keong, Paya Tok Teh serta Kampung Biak di Mukim Malau dan PPS terbabit dibuka jam 10.25 malam tadi.

“Hujan lebat melanda melebihi tiga jam semalam bermula jam 5 petang menyebabkan beberapa kawasan terbabit dinaiki air.

“Pihak APM Kubang Pasu menerima maklumat berkaitan banjir kilat terbabit pada jam 5.30 petang semalam dan bergegas ke lokasi untuk melakukan operasi penyelamatan.

FOTO: Ihsan APM

“Selain itu, anggota kami turut menasihatkan penduduk supaya berpindah ke PPS atau kawasan selamat berikutan trend air semakin menaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Adenin berkata, bilangan mangsa yang dipindahkan ke PPS terbabit adalah seramai lelaki dewasa (8), wanita dewasa (14), kanak-kanak (14), warga emas (5) dan orang kurang upaya (2).

Beliau berkata, status air sungai ketika ini menunjukkan paras air semakin naik dan anggotanya sedang melakukan pemantauan di kawasan terjejas dinaiki air.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini