comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat Selangor, KL dinaiki air

FOTO: Ihsan KLCCC DBKL

KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang berlangsung selama kurang tiga jam mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Selangor dan ibu negara dinaiki air.

Antara kawasan yang mengalami banjir kilat adalah di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Tun Razak, Jalan Syed Putra, Jalan Maharajalela, Jalan Raja Chulan (Muzium Telekom) , Jalan Raja, Jalan Parlimen, Jalan Tun Perak and Jalan Damansara.

Kejadian itu juga terjadi di beberapa kawasan di sekitar Kajang, Semenyih serta Sepang.

Menurut laman Facebook Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL), banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

FOTO: Ihsan KLCCC DBKL

“Lokasi-lokasi Air bertakung di beberapa kawasan sekitar Pusat Bandar. Berhati-hati memandu, jalan licin,” katanya.

Sementara itu sebuah video dipercayai di Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK Highway) berhampiran Sungai Ramal Luar menyebabkan kenderaan tersangkut selepas air tiba-tiba naik di laluan itu.

Ia menyebabkan kenderaan termasuk penunggang motosikal terpaksa berhenti di lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan sehingga beberapa kilometer.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata berlaku limpahan air sehingga paras lutut di kilometer 25.6 SILK mengakibatkan laluan tidak dapat dilalui.

“Ia menyebabkan tiada laluan dapat dilalui sebarang kenderaan ringan namun tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Loading...
Terkini