comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat tambah kesesakan aliran trafik dari utara dan pantai timur ke Lembah Klang

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari utara dan pantai timur ke Lembah Klang sesak setakat jam 5 petang ini dan pengguna lebuh raya dinasihatkan berhati-hati  berikutan hujan lebat di kebanyakan lokasi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata, setakat jam 5 petang ini, kenderaan memenuhi lebuh raya dari utara menuju ke Lembah Klang, antaranya di Pendang ke Gurun sehingga ke Sungai Petani Utara selain dari Bertam ke Sungai Dua, Permatang Pauh ke Perai, Bandar Baharu ke Alor Pongsu dan Bukit Merah ke Taiping.

“Trafik juga sesak dari utara ke Lembah Klang di Gopeng menuju Tapah, Sungkai ke Slim River dan Tanjung Malim ke Sungai Buaya.

“Dari arah pantai timur di Lebuhraya Pantai Timur 2, trafik sesak di Kawasan Rehat dan Rawat Paka menuju ke Paka dan Kijal ke Chukai,” katanya ketika dihubungi.

Pergerakan trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuhraya Pantai Timur 1 menuju ke Lembah Klang

.Sementara itu, lalu lintas dari selatan menuju ke Lembah Klang dilaporkan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di Jasin menuju ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Port Dickson dan Bandar Ainsdale menuju Nilai.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan berhati-hati ketika memandu berikutan hujan lebat di kebanyakan lokasi. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini