comscore
Tumpuan :
Nasional

Inisiatif istimewa buat rakyat Melaka pada 24 Ogos ini – Ab Rauf

Kerajaan negeri Melaka mengumumkan 26 Ogos ini sebagai cuti peristiwa yang dianjakkan sempena sambutan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.-Foto hiasan.

AYER KEROH: Kerajaan negeri Melaka mengumumkan 26 Ogos ini sebagai cuti peristiwa yang dianjakkan sempena sambutan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam pada 24 Ogos.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata inisiatif khusus untuk rakyat Melaka itu sebagai rasa berbesar hati dengan pelantikan Mohd Ali sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ketujuh untuk penggal kedua.

Susulan itu, katanya, kerajaan negeri bersetuju untuk menambah kegembiraan rakyat Melaka dengan menawarkan kemasukan percuma di lokasi pelancongan utama negeri itu.

“Kerajaan negeri berbesar hati menawarkan kepada rakyat Melaka yang memegang kad pengenalan ’04’ serta pemastautin untuk menikmati kemasukan percuma di lokasi pelancongan pada 24 Ogos bersempena Hari UlangTahun Kelahiran Tun Mohd Ali.”

Semoga pengumuman ini dapat memberi kegembiraan buat seluruh rakyat Melaka,” katanya ketika menyampaikan ucapan taat setia sempena Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Pelantikan Yang di-Pertua Negeri di Balai Istiadat, Seri Negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata selepas setahun menerajui negeri sebagai Ketua Menteri, sebanyak 60 inisiatif merangkumi semua aspek termasuk hal ehwal pentadbiran, pembangunan ekonomi, pelaburan serta pelancongan sedang rancak dilaksanakan.

Katanya, ia termasuk inisiatif Zon Bebas Kenderaan (CFZ) yang dilaksanakan sebagai langkah proaktif mengurangkan bebas asap kenderaan atau carbon emission yang membabitkan kawasan di sekitar bangunan merah Stadhuys, Banda Hilir, di Bandara Raya Melaka.

Beliau berkata, sejak CFZ dilaksanakan sehingga kini, sejumlah 1.36 juta pelancong direkodkan berkunjung ke kawasan berkenaan bagi menikmati kebebasan suasana pelancongan tanpa kenderaan di samping mengurangkan kecenderungan risiko kemalangan.

“Seiring dengan usaha terbabit, kerajaan negeri mengambil inisiatif memindahkan lokasi Uptown Pahlawan Walk ke kawasan berhampiran CFZ, sekali gus berjaya meningkatkan 25 peratus hasil perniagaan peniaga kecil di kawasan itu.”

“Serentak dengan itu juga, berdasarkan statistik pelancongan sehingga April lalu, Melaka mencatatkan kemasukan seramai 5.12 juta pelancong sekali gus menjadikan negeri ini mendahului tiga lagi negeri yang menjayakan tahun melawat negeri sepanjang tahun ini.” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini