comscore
Tumpuan :
Nasional

Insiden pokok tumbang: Elak Jalan Sultan Ismail, cari laluan alternatif

 

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihat untuk menggunakan laluan alternatif bagi mengelak melalui lokasi kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, di sini, hari ini, memandangkan jalan berkenaan ditutup sementara bagi kerja pembersihan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazron Abd Yusof berkata, kerja pembersihan sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa beberapa jam sehingga malam ini.

“Laluan ini akan dibuka semula kepada orang ramai sebaik kerja-kerja pembersihan selesai,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai yang terbabit dalam kejadian itu supaya tampil membuat laporan kerosakan kenderaan mahupun kecederaan dialami.

“Ia bagi membolehkan tindakan lanjut diambil,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, seorang lelaki tempatan maut manakala dua lagi termasuk seorang wanita warga Sweden cedera selepas pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel susulan hujan lebat di Jalan Sultan Ismail.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini