comscore
Tumpuan :
Nasional

Insiden tembakan KLIA: Suspek ada rekod jenayah lampau – Shuhaily

Oleh: Hilmi Abdul Malik

SEPANG: Polis sahkan suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa sebelum ini pernah membuat dua laporan polis selepas menerima ugutan daripada suspek.

“Isteri suspek sebelum ini pernah buat dua laporan polis berkaitan kes ugutan masing-masing pada tahun 2016 dan 2013.

“Mengambil kira insiden yang terakhir itu membuatkan isteri suspek menggajikan pengawal peribadi.

“Suspek juga mempunyai satu lagi kes mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam jadi dia memang ada rekod jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di balai ketibaan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Mengulas lanjut, suspek terdahulu bertindak melemparkan mercun yang turut mecederakan dua orang awam.

Suspek kemudian bertindak nekad melepaskan dua das tembakan terhadap isteri mangsa pada jarak antara tiga hingga empat meter.

Tembakan bagaimanapun mengenai salah seorang pengawal peribadi mangsa di bahagian perut yang ketika ini masih dalam keadaan kritikal.

Ujarnya lagi, suspek juga dipercayai tidak mempunyai permit yang sah berhubung pemilikan senjata api dan ia diperoleh secara haram.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 kerana cubaan membunuh serta Akta Senjata Api.

Terdahulu, Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 gempar selepas berlaku insiden tembakan sekitar jam 1.15 pagi yang didalangi lelaki warga tempatan.

Polis menegaskan, insiden tidak mempunyai kaitan dengan serangan pengganas sebaliknya serangan berbentuk peribadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini