comscore
Tumpuan :
Nasional

Internet satelit di 200 kampung seluruh Kelantan – Fahmi

 

KOTA BHARU: Pemasangan internet satelit di 200 kampung seluruh Kelantan sedang diteliti agar penduduk kawasan berkenaan dapat manfaat rangkaian internet yang lebih baik, kataMenteri Komunikasi dan Digital  Fahmi Fadzil .

Ujarnya, kesemua kampung berkenaan sukar diakses kerana terletak di luar bandar atau pedalaman.

“Sebelum kita buat ikhtiar atau program, kita mesti buat kajian rapi bagi memastikan penyelesaian itu sesuai dengan manfaat tempat berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Agihan Bakul Makanan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Kelochor, di sini.

Justeru pihaknya akan mengkaji semula model internet satelit di beberapa lokasi luar bandar yang digunakan sebelum ini bagi memastikan kesesuaiannya.

Sementara itu, Fahmi berkata pihaknya akan memastikan rakyat menerima maklumat tepat melalui media arus perdana sepanjang tempoh kempen PRN tidak lama lagi.

“Secara am prinsip demokrasi, rakyat berhak mendapat maklumat. Kita akan teliti dan mengambil kira kesesuaian serta jangkaan apa yang rakyat inginkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi ketika ditemui media selepas Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi menegaskan, tidak sepatutnya wujud dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan persekutuan meminggirkan Kelantan.

“Mereka perlu mendengar sendiri bagaimana Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan sejumlah projek dan peruntukan yang diberikan khusus untuk memastikan pembangunan di negeri Kelantan berterusan,” katanya .

Loading...
Terkini