comscore
Tumpuan :
Nasional

Isteri mangsa tembak di KLIA syukur suspek ditangkap

Lokasi di mana suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, dipercayai ditahan. – FOTO: NSTP



KUALA LUMPUR: Isteri kepada pengawal peribadi yang cedera di tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam melahirkan rasa syukur apabila dimaklumkan suspek berjaya ditahan pihak berkuasa.

“Saya bersyukur dan berasa lega, semoga dia (suspek) menerima hukuman setimpal,” katanya.

Mahu dikenali sebagai  Siti Noraida, 28, juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan semua pihak terbabit sehingga tertangkapnya suspek.

Suspek Hafizul Harawi, berjaya ditangkap di Kota Bharu pada jam tiga petang tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu, pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Dalam kejadian 1.15 pagi kelmarin, bunyi tembakan menggemparkan pengembara dan kakitangan di KLIA Terminal 1, dipercayai cubaan bunuh ke atas seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan  kejadian berlaku di tingkat 3, balai ketibaan KLIA 1.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini