comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu elaun pelajar jalani latihan industri diteliti 

SEREMBAN: Kementerian Sumber Manusia akan meneliti isu bayaran atau elaun kepada penuntut menjalani latihan industri yang didakwa terlalu rendah, malah ada syarikat tidak memberikan elaun langsung.

Menterinya V Sivakumar berkata, secara prinsipalnya, beliau tidak bersetuju dengan situasi berkenaan dan akan memberi perhatian serius.

“Bagi saya, perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan, perkara ini juga sudah dibangkitkan dalam International Labour Conference (ILC) supaya ia memberi pertimbangan sewajarnya di seluruh dunia.

“Pelajar yang menjalani latihan praktikal tidak boleh dianggap buruh percuma. Kita akan meneliti perkara ini dan saya akan beri maklum balas dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu bayaran pelajar praktikal susulan laporan mengenai seorang penuntut universiti awam yang menyuarakan kebimbangan untuk bertahan sepanjang menjalani latihan itu, Oktober depan.

Menurut laporan, penuntut wanita itu menyifatkan mereka bukan buruh percuma serta menyuarakan pandangannya selepas melihat permohonan latihan industri menawarkan elaun dengan jumlah yang kecil dan ada majikan tidak memberi elaun langsung.

Loading...
Terkini