comscore
Tumpuan :
Nasional

Jabatan Mufti Perak diarah beri penjelasan isu boikot dalam khutbah

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melawat gerai selepas merasmikan Program Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) & Jelajah Usahawan, Agro dan Hari Koperasi di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. – FOTO: NSTP

IPOH: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) sudah diarah supaya memberi penjelasan susulan isu khutbah Jumaat di Perak, semalam yang menyeru umat Islam menghentikan amalan boikot.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penjelasan itu bagi memastikan pengisian dan mesej sebenar dalam teks khutbah berkenaan dapat difahami orang ramai terutama umat Islam.

“Seeloknya kita bertenang dan dapatkan penjelasan lanjut kerana dalam Islam penting untuk kita menjaga sensitiviti antara satu sama lain.”

“Dalam hal ini, Mufti akan memberi penjelasannya nanti termasuklah latar belakang dan maksud sebenar dalam teks tersebut.”

“Barangkali dalam tempoh 20 minit untuk teks itu (khutbah) dibacakan (semalam), (maksud) tak sampai kepada tujuan teks tersebut,” katanya selepas merasmikan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Hari Jelajah Usahawan, Agro dan Koperasi Negeri Perak 2024 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Saarani yang turut memegang portfolio exco Agama Islam negeri mengakui bahawa teks khutbah terbabit sememangnya disediakan oleh JMNPk dan ditandatangani oleh Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh.

Menurut Saarani, orang ramai dinasihatkan supaya tidak bertindak secara melampau termasuk menghasut dalam mengutarakan pandangan berhubung isu berkenaan.

Media semalam melaporkan, teks rasmi khutbah Jumaat yang dibacakan di masjid dan surau diri Jumaat itu menyeru umat Islam menghentikan amalan boikot atau memulaukan perniagaan tertentu.

Khutbah itu antara lain menyatakan bahawa tindakan boikot harus dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan tersebut berlawanan dengan keadilan Islam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini