comscore
Tumpuan :
Nasional

JAKIM perjelas video tular jemaah lelaki, wanita solat bercampur saf 

Tangkap layar video tular di media sosial menunjukkan percampuran jantina ketika solat berjemaah dalam program Kem Ibadah Nusantara di Cameron Highland, Pahang, baru-baru ini. – Foto Ihsan JAKIM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menjelaskan dakwaan berlaku percampuran jemaah lelaki dan wanita ketika menunaikan solat berjemaah dalam program Kem Ibadah Nusantara di Cameron Highlands, Pahang, baru-baru ini, adalah tidak tepat.

Menerusi kenyataan di Facebook, JAKIM memaklumkan terdapat video memaparkan jemaah solat bercampur saf antara lelaki dan wanita yang tular mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan warga net.

“Video berkenaan diyakini dirakam dan disiarkan oleh salah seorang peserta program Kem Ibadah Nusantara baru-baru ini yang diadakan di Cameron Highlands.

“Program itu adalah anjuran bersama JAKIM, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Persatuan Insaf Pahang (Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Komuniti Hijrah Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT), beberapa agensi dan institut pengajian tinggi (IPT) lain,” katanya.

Menurutnya, peserta adalah majoriti kumpulan transgender yang hadir secara sukarela.

“Ada yang sudah berhijrah dan ada yang dalam proses berhijrah. Ada juga dalam kalangan mereka yang masih mirip rupa paras dan penampilan serta pakaian seorang wanita.

“Ketika solat berjemaah, kelihatan berlaku pencampuran jantina kerana golongan mak nyah masih dikira lelaki mengikut jantina asalnya.

“Proses untuk mendidik dan membetulkan cara hidup mereka mengambil sedikit masa. Mohon sama-sama kita doakan,” katanya.

Loading...
Terkini