comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Belanjawan 2024: Kerajaan pendekkan tempoh proses sijil halal kepada 30 hari

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan halal daripada 51 kepada 30 hari.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Halal Development Corporation (HDC) bersama-sama JAKIM akan menerajui usaha memudah cara pemprosesan pensijilan halal khususnya untuk pengeksport produk halal.

“Ia selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030 yang menetapkan penanda aras sumbangan industri halal sebanyak 11 peratus kepada KDNK menjelang 2030.

“9 institusi kewangan menawarkan program khusus untuk PKS halal di bawah platform bersepadu halal yang menawarkan akses kepada dana khas dan program bina upaya.

Penganjuran Malaysia International Halal Showcase Ke-19 pada bulan lalu telah merekodkan jualan produk halal mencecah 3 bilion ringgit iaitu 24 peratus lebih tinggi daripada sasaran.

“Pameran halal terbesar dunia ini telah memadankan 469 syarikat tempatan dengan 231 pembeli antarabangsa dari 44 buah negara.” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini