comscore
Tumpuan :
Nasional

Jalan Palong Utama, Jalan Loop Palong ditutup kerana air naik

Laluan ditutup akibat dinaiki air di Jempol. – FOTO: NSTP

JEMPOL: Jalan Palong Utama (FT 1283) dan Jalan Loop Palong (FT1284) ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Nawal Mohamed Amin berkata jalan berkenaan berhampiran FELDA Palong 4, 5 dan 6.

Justeru katanya pengguna jalan raya diminta menggunakan jalan alternatif sama ada untuk ke Pasir Besar atau sebaliknya.

“Kita juga menasihatkan orang ramai dan pengguna jalan raya supaya berhati – hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu Nawal yang juga Pegawai Daerah Jempol berkata sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Palong 7 baharu sahaja diaktifkan.

“Kita baharu membuka PPS berkenaan sebagai persediaan menerima mangsa banjir dari kawasan berhampiran,” katanya.

Loading...
Terkini