comscore
Tumpuan :
Nasional

Jana Wibawa: Tengku Zafrul sudah beri keterangan kepada SPRM

 

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan beliau telah memberi keterangan sebagai saksi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung projek Jana Wibawa, semalam.

Tangkap layar Facebook Tengku Zafrul

“Saya akan terus memberi kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa jika diperlukan,” kata Tengku Zafrul menerusi catatan di Facebook rasminya hari ini.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata projek Jana Wibawa ditangguh pelaksanaannya bagi meneliti semula sama ada tata cara perolehannya dibuat mengikut peraturan ditetapkan perbendaharaan.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, penangguhan projek melibatkan nilai RM5.7 bilion itu dibuat kerana terdapat unsur kaedah perolehan dibuat secara tender terpilih atau runding terus.

Jana Wibawa, projek yang diusahakan Kementerian Kewangan ketika diterajui Tengku Zafrul di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan membantu kontraktor bumiputera semasa pandemik COVID-19.

— BERNAMA

 

 

Loading...
Terkini