comscore
Tumpuan :
Nasional

Janet Yeoh bangga Michelle raih pengiktirafan tertinggi

Oleh Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: “Saya cukup yakin dengan kebolehan dan kesungguhan yang ditunjukkan anak (Michelle) saya dalam bidang apa pun yang di ceburi.”

Janet Yeoh tidak dapat menahan air mata kegembiraan melihatkan anaknya Tan Sri Michelle Yeoh menjulang trofi Oscar bagi Kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 yang disiarkan secara langsung dari Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

“Saya sudahpun menjangkakan kemenangan ini dan berasa sangat berbangga,” katanya yang teruja dengan kemenangan anaknya itu.

Janet hadir pada majlis The Pride of Malaysia sempena tontonan Eksklusif OSCAR 2023, di Pavillion berkata, kemenangan itu adalah hadiah terbaik untuknya serta rakyat Malaysia.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Belia dan sukan Hannah Yeoh serta beberapa barisan artis bagi memeriahkan acara tontonan Eksklusif OSCAR 2023, antaranya, Nadia Brian Goldring, Nasha Aziz, Amber Chia, Amir Nafis, Emma Shazleen Ali, Hanbyul, Joyce Harn, Brandon Ho dan Victoria Tan.

Terdahulu, Tan Sri Michelle mencatat sejarah apabila menjadi pelakon wanita pertama Asia memenangi Kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 yang disiarkan secara langsung dari Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Kemenangan itu menepati ramalan, pengkritk filem dan pengamal media yang sudah menjangka pelakon Hollywood kelahiran Ipoh, Perak itu akan menggenggam trofi Oscar melalui watak Evelyn Quan dalam filem Everything Everywhere All At Once.

Yeoh, 61, mengenakan gaun couture Dior berwarna putih naik ke pentas berprestij berkenaan dan mendedikasikan kemenangan itu kepada ibunya yang dianggap individu paling kuat memberi sokongan kepadanya sepanjang bergelar anak seni

Filem arahan Daniel Kwan, 35, dan Daniel Scheinert, 35 ini merupakan filem yang mendominasi anugerah berkenaan dengan 11 pencalonan.

Lebih manis turut memenangi 7 anugerah Oscar iaitu bagi kategori pelakon wanita terbaik, pengarah terbaik, pelakon pembantu wanita dan lelaki terbaik, dan editing terbaik, filem terbaik dan lakon layar terbaik.

Loading...
Terkini