comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

[VIDEO] JAWI serah kertas siasatan Ruhainies, Aliff kepada pihak pendakwaan

 

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung tangkapan khalwat membabitkan pelakon, Ruhainies dan Aliff Aziz sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya, semalam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, proses selanjutnya adalah pendakwaan ke atas kedua pelakon itu.

“JAWI melalui Bahagian Penguatkuasaan sudah pun melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu dan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut. Tindakan dibuat adalah mengikut undang-undang,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan JAWI tidak berkompromi dalam soal tangkapan khalwat membabitkan pasangan pelakon itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian yang berlaku di sebuah kondominium mewah di sini, Sabtu lalu.

Sebelumnya, Mohd Na’im dilaporkan berkata, serbuan khalwat yang dilakukan JAWI bukan gimik atau sesuatu tindakan untuk mempromosikan mana-mana pihak termasuk selebriti, sebaliknya dilakukan mengikut prosedur undang-undang yang sudah ditetapkan.

Mohd Na’im menegaskan perbuatan maksiat tetap maksiat dan ia sama sekali tidak boleh dipromosikan selain berkhalwat juga adalah kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini