comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Aliff dan Ruhainies dibebas JAWI dengan jaminan sementara

Kereta Honda Civic dipercayai membawa Ruhainies keluar dari Kompleks Jawi, Kuala Lumpur. Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain selepas ditahan kerana dipercayai berkhalwat malam tadi.

Menurut sumber, pasangan terbabit yang dibawa ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, awal pagi tadi dibenarkan meninggalkan pejabat itu kira-kira jam 2 petang, hari ini.

Terdahulu, kira-kira jam 12 tengah hari tiga kereta jenis Toyota Alphard, Honda Civic dan Perodua Myvi bersama lima individu dipercayai ahli keluarga mereka hadir ke pejabat itu untuk mengambil kedua-dua pasangan ini.

Foto: NSTP

Kira-kira jam 1.30 tengah hari pengawal membenarkan kenderaan Toyota Alphard memasuki pejabat secara mengundur dipercayai untuk mengambil salah seorang daripada pasangan itu.

Kenderaan itu meninggalkan Jawi pada jam 1.48 tengah hari, manakala kereta Honda Civic yang dipercayai milik Ruhainies pula memasuki pejabat Jawi juga secara mengundur dan hanya keluar pada jam 1.53 tengah hari diiringi Perodua Myvi yang menanti untuk ke lokasi yang tidak diketahui.

Terdahulu, Jawi mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti ditahan malam tadi.

Jawi dalam satu kenyataan berkata, siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek atau Orang Yang Disyaki (OYDS) di bawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 27 (Khalwat).

“Satu pemeriksaan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi di lokasi susulan aduan awam yang diterima.

“Siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek atau OYDS di bawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 27 (Khalwat),” katanya, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini