comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah ibu kepada Editor Kanan Berita dan Ehwal Semasa TV3 selamat dikebumikan

PONTIAN : Jenazah ibu kepada Editor Kanan, Berita dan Ehwal Semasa TV3, Junaidi Subuh, Siti Mariam Johari, 71 tahun selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Teluk Kerang, dekat sini, jam 11.15 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di ICU Hospital Sultanah Aminah (HSA) malam tadi.

Allahyarham meninggalkan 6 orang anak, termasuk tiga lelaki.

Terdahulu jenazah Allahyarham disolatkan di Surau Kampung Tengah 2 sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Majlis pengebumian dihadiri lebih 50 orang saudara mara dan sahabat handai.

Loading...
Terkini