comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah tiga sekeluarga dikebumikan satu liang lahad

KEMAMAN:  Jenazah tiga beranak yang terbunuh dalam nahas membabitkan dua kenderaan di sini, semalam dikebumikan di dalam satu liang lahad, awal pagi tadi.

Jenazah  Ammir Hussain Mohd, 38 tahun, Ammzar  Huzzair Husszair Al Hussin , 4 tahun dan Ammzar Husnayan Al Hussien, 12 bulan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur.

Ketiga-tiga jenazah sebelum itu dituntut keluarga mangsa setelah selesai proses bedah siasat  di Unit Forensik Hospital Kemaman jam 12 tengah malam tadi.

Jenazah kemudiannya dibawa ke surau di Jalan Datuk untuk disembahyangkan.

Isteri mangsa, Norhafizah Sazwa Harun dan seorang lagi anak perempuannya, Ammzar Hussniah masing-masing masih dirawat di hospital Kemaman dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, HSNZ.

Dalam kejadian jam  2.05 petang semalam, kenderaan jenis Naza Citra dinaiki lima sekeluarga itu dirempuh sebuah lori 10 tan yang dipercayai mengalami masalah brek di persimpangan kawasan Rawat dan Rehat, bandar Cheneh Baharu.

Akibat rempuhan itu, Ammir Hussain maut di tempat kejadian manakala dua lagi anaknya meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Kemaman.

Loading...
Terkini