comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Mat London selamat dikebumikan selepas solat jumaat

KUALA LUMPUR: Jenazah pelakon dan pengarah, Ahmad Ibrahim atau Mat London, 74 tahun, yang meninggal dunia jam 5.57 pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Taman Melawati selepas solat Jumaat.

Terdahulu Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia F-D-A-M meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Allahyarham dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU sejak 16 Jun lalu.

Turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham, keluarga serta rakan dalam industri hiburan.

Allahyarham amat popular dalam kalangan peminat seni tanahair kerana melakonkan watak Pak Karim dalam karya Allahyarham Mamat Khalid siri Kampong Pisang.

Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga dengan dramatis, Datin Fadilah Mansor selama 20 tahun, namun berpisah pada 28 September 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak.

Loading...
Terkini