comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Pyanhabib selamat dikebumikan

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR: Jenazah pelakon dan penyair terkenal, Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman selamat dikebumikan pada jam 12.05 tengah hari tadi.

Seniman tanah air itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 Keramat di sini dengan dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan arwah.

Terdahulu jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid As Sobirin, Lembah Keramat sebelum dibawa ke tanah perkuburan jam 11.20 pagi.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim serta kenalan artis antaranya Datuk M. Nasir, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Dr Ras Adiba Radzi, Ito, Aris Ariwatan, Imuda, Khir Rahman, Ameerul Affendi dan Farid Kamil.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Zurina Iskandar, 58, dan dua orang anak Najihah dan Ahmad Ashman Farabi.

Pyanhabib, 66, turut dikenali menerusi lakonannya dalam filem Kembara Seniman Jalanan, Tsu-Feh Sofiah, Tak kisahlah Beb dan Rock Oo.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini