comscore
Tumpuan :
Nasional

Jerebu: Hanya 2 kawasan rekod kualiti udara tidak sihat pagi ini

Foto jerebu

PETALING JAYA: Bukit Rambai di Melaka dan Larkin di Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi tadi.

Bacaan IPU tertinggi direkod di Bukit Rambai iaitu 153, manakala Larkin 126.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), 57 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya Cheras di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang di Selangor.

Manakala sembilan stesen sahaja mencatatkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.

Loading...
Terkini