comscore
Tumpuan :
Kes

Jijik! Warga asing kencing merata undang kemarahan masyarakat

Tangkap layar rakaman video tular dua individu kencing merata-rata di sekitar BSI.

JOHOR BAHRU: Tindakan individu dipercayai warga negara asing mensasarkan kawasan terpencil dan yang sedang dibaik pulih untuk membuang air kecil disifatkan perkara menjijikkan.

Sikap pengotor itu bukan sahaja dilakukan lelaki tetapi turut membabitkan wanita dikesan di sekitar bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Perkara ini mengundang kemarahan masyarakat kerana ia bukan pertama kali kejadian warga asing membuang air merata-rata di sekitar kawasan berkenaan.

Malah pada 13 Jun tahun lalu, tular di media sosial Facebook yang memaparkan dua lelaki sedang membuang air kecil di bawah pokok di lokasi berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, setakat ini Balai Polis BSI tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan isu tersebut.

“Kita akan siasat dan ambil tindakan ikut undang-undang yang ada. Patuhi undang-undang dan jaga kesopanan. Gunakan tandas yang disediakan di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan video berdurasi 23 saat yang tular, seorang lelaki menyergah dan memarahi tindakan seorang wanita yang membuang air kecil merata-rata di kawasan dekat BSI.

Bagaimanapun, wanita itu terus berlalu keluar sambil meminta maaf.

Loading...
Terkini