comscore
Tumpuan :
Nasional

JKM kesan ibu bapa kandung atau waris kanak-kanak 10 tahun yang ditinggalkan sejak 2016

Kanak-kanak perempuan, Lethy Rafina, 10 tahun (warga Indonesia) yang ditinggalkan ibu bapa kandung sejak 2016. Gambar ihsan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kubang Pasu.

JITRA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang berusaha mengesan keluarga kandung atau waris seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan sejak 2016.

Menurut kenyataan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kubang Pasu, kanak-kanak perempuan itu, Lethy Rafina (warga Indonesia) berusia 10 tahun dilahirkan di Perbaungan, Indonesia pada 22 Februari 2014.

Katanya, nama ibu kandung kanak-kanak terbabit adalah Nurlela (warga Indonesia) dan bapanya, Raqfi Abdullah.

Menurut PKMD Kubang Pasu, kanak-kanak ini ditinggalkan oleh ibu kandungnya itu kepada seorang penjaga dipercayai bekas majikannya sejak tahun 2016.

“Alamat terakhir kanak-kanak perempuan itu tinggal bersama ibu kandungnya adalah di Kampung Tradisi, Changlun Kedah,” katanya.

Menurut kenyataaan itu lagi, sehingga kini tiada waris yang tampilkan diri untuk menuntut kanak-kanak perempuan berkenaan walaupun penjaga sudah cuba menjejaki ibu kandung kanak-kanak itu tetapi tidak berhasil.

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung ibu bapa kandung kanak-kanak terbabit boleh tampil ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kubang Pasu atau hubungi Pelindung Daerah Kubang Pasu, Fatin Amira Ahmad di talian 04-9171305.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini