comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Johari Abdul dipilih Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat pagi penggal pertama sidang Parlimen ke-15.

Beliau menerima 147 undi menerusi undian bersurat oleh pada pembukaan sidang pagi ini .

Johari yang juga timbalan pengerusi PH Kedah dicadangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan disokong Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Perikatan Nasional (PN) pula mencadangkan bekas menteri dalam negeri, Radzi Sheikh Ahmad.

Namun beliau hanya mendapat 74 undi.

Radzi dicalonkan ketua pembangkang Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut dan disokong Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan.

Pada 2 Disember, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, berkata beliau perlu mengosongkan jawatannya itu mulai 12 tengah malam, pada 18 Disember seperti termaktub mengikut Perlembagaan.

Beliau yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilantik menggantikan Mohamad Ariff Md Yusof, pada 13 Julai 2020.

Loading...
Terkini