comscore
Tumpuan :
Nasional

Johor ada 20,275.6 hektar tanaman durian

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Rekod menunjukkan Johor mempunyai 20,275.6 hektar tanah yang digunakan bagi penanaman durian setakat akhir tahun lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip ia meningkat sebanyak 296.3 hektar berbanding 19,979.3 hektar yang dicatatkan tahun 2022.

“Dalam tempoh sama dari segi pengeluaran durian pula, sebanyak 138,945.5 matrik tan direkodkan pada tahun 2022 dan meningkat kepada 148,365 matrik pada tahun 2023.”

“Ia telah melepasi sasaran KPI negeri Johor iaitu 141,862 matrik tan menjelang tahun 2027,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip ketika sidang DUN Johor di Kota Iskandar hari ini. – FOTO NSTP/Foto ihsan Pejabat MB Johor.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Tangkak (PH, Ee Chin Li), ketika persidangan ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke 15 di sini, hari ini.

Menurut Zahari, jumlah pengusaha yang terlibat juga meningkat kepada 34,650 orang setakat akhir tahun lalu.

“Pada tahun lalu, FAMA Johor merekodkan eksport durian yang melalui pintu keluar sempadan negeri johor adalah sebanyak 47.38 juta metrik tan,” jelasnya.

Ujar Zahari, Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) bersetuju dengan cadangan untuk memperkasa Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Durian FAMA, Tangkak dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

“Sebelum ini, keupayaan pusat ini hanya mampu memproses 2 metrik tan durian sehari dan penyimpanan hanya sebanyak 22 metrik tan isi durian dalam satu-satu masa. Dengan menaik taraf pusat ini, keupayaan memproses durian sejuk beku akan meningkat kepadaanggaran sekitar 12 matrik tan sehari, 360 matrik tan sebulan dan 4,320 metrik tan setahun,” katanya.

Menurut Zahari, Johor merupakan negeri pengeluar utama buah durian di Malaysia dan daerah yang paling banyak mengeluarkan durian adalah Tangkak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini