comscore
Tumpuan :
Nasional

Johor mengadakan khutbah khas solat Jumaat 

 

Foto hiasan

KOTA TINGGI: Kerajaan negeri Johor akan mengadakan khutbah khas solat Jumaat dengan isi kandungannya menyeru umat Islam untuk terus mendoakan dan menghormati pemimpin.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, teks bacaan khutbah kebiasaannya disiapkan untuk tempoh sebulan.

Namun katanya khutbah khas mendoakan sesama muslimin termasuk pemimpin akan dilaksanakan.

“Amalan tersebut sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab umat Islam untuk mendoakan sesama muslim demi kebaikan bersama.

“Saya percaya dalam tempoh dua minggu ini sesuai untuk dilaksanakan draf (pengisian khutbah tersebut) untuk diedar kepada semua khatib, supaya bertanggungjawab mendoakan sesama muslimin.

“Apatah lagi kepada pemimpin sebab pemimpin adalah orang yang mendoakan kita, malah hadis riwayat Nabi Muhammad SAW pun ada menyebutkan perkara ini.

“Ini bukan soal awak tak nak doakan dia (pemimpin) sebab tak bersekutu. Kita kena doakan pemimpin walaupun mungkin berbeza pendapat, itu bukan cerita (alasannya),” katanya selepas Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) di Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi di sini hari ini.

Mohd Fared semasa berucap juga melahirkan rasa bimbang terhadap perbuatan tidak menghormati pemimpin akan menjadi budaya jika tidak dibendung.

Katanya mengingatkan individu terbabit supaya tidak berselindung di sebalik parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) apabila mengeluarkan kenyataan itu.

“Saya bukannya mahu bermain politik, kebetulan (individu berkenaan) adalah orang Pas. Jangan bersembunyi di sebalik nama parti atau NGO.

“Budaya apa yang sedang dibawakan, tidak mengangkat tangan ketika Sultan Ibrahim didoakan. Kita kena ingat pesanan Nabi Muhammad SAW, kita doakan pemimpin dan pemimpin juga doakan kita,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini