comscore
Tumpuan :
Nasional

Jovian Mandagie Group tutup rumah fesyen selepas 17 tahun

Datuk Jovian Mandagie

KUALA LUMPUR: Jenama fesyen terkenal tempatan, Jovian Mandagie akan menutup operasi Jovian Mandagie Couture dan Jovian Ready To Wear (Jovian RTW).

Pengasasnya, Datuk Jovian Mandagie berkata operasi Jovian Mandagie Couture dan Jovian RTW akan ditutup dalam tempoh dua minggu akan datang selepas beroperasi selama 17 tahun.

“Selama ini kami telah melancarkan banyak koleksi pakaian dan digunakan oleh berjuta pembeli di Malaysia.”

“Walaubagaimanapun, seiring berjalannya masa, saya menyedari bahawa saya bersedia untuk perubahan, untuk meneroka perkara yang benar-benar mendorong saya.”

“Industri fesyen telah berkembang, dan begitu juga saya beralih daripada pereka fesyen kepada ahli perniagaan.”

“Dengan mengambil kira perkara ini, kami telah memutuskan untuk menutup sementara operasi,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Jenama Jovian Mandagie mempunyai beberapa cawangan kedai yang terletak antaranya di Shah Alam, Bangi, Berjaya Times Square, IOI Putrajaya, Pavillion Elite Kuala Lumpur dan Melawati Mall.

Ia juga mempunyai dua kedai berkonsep ‘pop-up’ yang terletak di pusat membeli belah KLCC dan SOGO.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini