comscore
Tumpuan :
Nasional

JPN sahkan video tular pendatang China video tahun 2018

PETALING JAYA: Video yang tular berhubung dakwaan berduyun-duyun pendatang China mohon kerakyatan dari DAP adalah video yang diulang siar sekitar tahun 2018.

Jabatan Pendaftaran Negara, JPN yang mengesahkan perkara itu berkata, kenyataan rasmi berkenaan perkara itu juga telah dikeluarkan pihaknya ketika itu.

Menerusi satu kenyataan, JPN memaklumkan, urus tadbir pengurusan kewarganegaraan yang dilaksanakanya adalah berlunaskan perlembagaan persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa.

Ia bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.

Sehubungan itu, orang ramai diminta berhenti menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke [email protected].

Loading...
Terkini