comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Premis anjur tarian separuh bogel diarah tutup

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan penutupan serta-merta dan kompaun ke atas sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, di sini susulan video tarian separuh bogel di hadapan premis itu yang tular di media sosial minggu lalu.

DBKL menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan Jabatan Penguatkuasaan pada 23 Ogos lalu sudah menjalankan satu tindakan khas di premis terbabit dan mendapati ia mempunyai lesen komposit kedai runcit (barangan kering sahaja) bagi menjalankan aktiviti pasar raya.

Bagaimanapun, menurut DBKL premis terbabit dikendalikan empat pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah, masing-masing dua warganegara Bangladesh dan Iran.

“Oleh itu, DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana menjalankan aktiviti selain yang dilesenkan.

Premis itu juga diarah untuk ditutup serta-merta kerana dikendalikan oleh bukan warganegara,” menurut hantaran itu.

DBKL turut memaklumkan hasil maklumat pekerja premis itu menyatakan kejadian tarian separa bogel itu berlaku pada 5 Julai lalu bersempena dengan sambutan ulang tahun premis terbabit. – BERNAMA

Loading...
Terkini