comscore
Tumpuan :
Nasional

Kabinet setuju cadangan tukar lesen memandu kepada digital –  Zahid

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menukar lesen memandu kenderaan digunakan ketika ini kepada bentuk digital.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata syarat yang dikenakan adalah semua maklumat peribadi tidak diperoleh syarikat pengendali.

“Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) sebelum ini merancang menukar lesen memandu yang ada, dalam bentuk digital dengan syarat semua maklumat peribadi tidak diperoleh syarikat pengendali.

“Selain itu, kos setiap lesen kurang daripada sekarang dan Kabinet setuju pada dasarnya cadangan beliau itu,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran ZCERT – Sistem Dokumen Kelayakan Disahkan Digital rentas sempadan di atas blok rantai Zetrix-Xinghuo di sini, hari ini.

Loading...
Terkini