comscore
Tumpuan :
Nasional

Kadar kenaikan air Perak diketahui bulan depan

Foto hiasan

IPOH: Kadar kenaikan tarif air di Perak akan diumumkan bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak (LAP) akan bermesyuarat pada 1 Mac depan, disusuli ketetapan menerusi Mesyuarat EXCO pada 6 Mac.

Beliau yang juga Pengerusi LAP memaklumkan, kenaikan tarif perlu memandangkan peluang mengenai pelarasan sebagaimana yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) biasanya dibuat dalam jangka masa yang sangat panjang

“Akan ada kenaikan kerana tak silap saya paling akhir kenaikan kita adalah pada tahun 2006,” katanya.

Perbincangan Mac itu bagaimanapun katanya tidak membabitkan tarif air terawat yang dicadang untuk dijual kepada Pulau Pinang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini