comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Kami Bersama Abah’ banjiri perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur hari ini dibanjiri ratusan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memakai baju putih dengan tulisan ‘Kami Bersama Abah’ bagi menyatakan soladiriti terhadap Presiden BERSATU itu.

Perhimpunan secara aman itu juga turut desertai beberapa pemimpin kanan BERSATU sejak jam 8.30 pagi tadi.

Antara yang hadir bersama penyokong, bekas Ahli Parlimen Tambun yang juga Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh dilihat tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 8.40 pagi bagi pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Beliau dijangka menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Terdahulu, mengesahkan telah menahan bekas Perdana Menteri itu pada jam 1 tengah hari di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.

Terdahulu, Muhyiddin dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas sembilan jam disoal, dalam siasatan berkait program Jana Wibawa.

Beliau ditahan SPRM jam 1 petang semalam selepas dipanggil untuk diambil keterangan.

Loading...
Terkini