comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak 5 tahun ditemui mati selepas terjatuh dari kondominium

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ditemui mati di tingkat 6 sebuah kondominium di bandaraya ini, selepas dipercayai terjatuh dari rumahnya tingkat 12, kira-kira jam 6.30 petang, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, kejadian berlaku ketika ibu mangsa pergi mengambil anak sulungnya, perempuan usia 11 tahun balik dari sekolah.

“Kanak-kanak malang tersebut dipercayai ditinggalkan bersendirian oleh ibunya ketika mangsa sedang tidur,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, wanita terbabit turut membawa anak bongsu, perempuan berusia empat bulan ketika pergi mengambil anak sulungnya itu.

“Sekembali ke rumah ibunya mendapati kanak-kanak itu tiada dalam rumah dan telah dijumpai di tingkat 6 kondominium terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

ACP Raub berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat cedera parah di bahagian badan dan kepala.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Ibu mangsa, suri rumahtangga sepenuh masa berusia 32 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Selain dua kanak-kanak terbabit, suri rumah itu turut mempunyai seorang anak bongsu, perempuan berusia empat bulan yang turut dibawanya ketika mengambil anak sulungnya dari sekolah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini