comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kawasan pencarian tiga kru kapal MT Pablo hilang diperluas

 

JOHOR BAHRU: Kawasan pencarian tiga kru kapal MT Pablo yang masih hilang selepas kapal itu terbakar pada Isnin lepas diperluaskan kepada tujuh sektor dengan keseluruhan keluasan 371 batu nautika persegi.Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata pencarian melibatkan sebuah aset udara AW139 bersama dua bot ronda Maritim Malaysia, dua kapal dan sebuah bot Tentera Laut Diraja Malaysia, sebuah bot ronda Pasukan Polis Marin dan dua kapal Jabatan Laut Malaysia.

FOTO: Ihsan Maritim Malaysia (1 Mei 2023)

“Pihak Hazardous Material Unit Team (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pihak Jabatan Laut telah membuat penilaian tahap keselamatan kapal MT Pablo pada pagi tadi dengan menaiki pesawat AW139 namun kapal MT Pablo masih belum selamat untuk dinaiki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketiga-tiga kru kapal terbabit dikenal pasti sebagai warga India iaitu Satyam Tripathi, 26, dan Dinesh Kumar Chauhan, 34, manakala seorang lagi warga Ukraine iaitu Sabit Shenderovskyi, 37.

FOTO: Ihsan Maritim Malaysia (1 Mei 2023)

Kapal tangki MT Pablo berdaftar di Gabon, Afrika terbakar kira-kira 50 peratus pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili di Kota Tinggi pada 1 Mei lepas. – BERNAMA

Loading...
Terkini